Syiling Stabil
Mata wang digital untuk kegunaan harian
Syiling stabil ialah token Ethereum yang direka untuk kekal pada nilai tetap, walaupun harga ETH berubah.

Mengapa pilih syiling stabil?
Syiling stabil ialah mata wang kripto tanpa sifat turun naik. Syiling ini berkongsi ciri-ciri yang sama dengan ETH tetapi nilainya stabil, seperti mata wang tradisional. Jadi anda mempunyai akses kepada wang stabil yang boleh anda guna pada Ethereum. Bagaimana syiling stabil mendapat kestabilannya
Syiling stabil adalah bersifat global dan boleh dihantar melalui internet. Syiling ini mudah diterima atau dihantar setelah anda mempunyai akaun Ethereum.
Permintaan untuk syiling stabil adalah tinggi, jadi anda boleh memperoleh faedah dengan memberi pinjaman syiling anda. Pastikan anda sedar akan risiko sebelum memberi pinjaman.
Syiling stabil boleh ditukarkan dengan ETH and token Ethereum yang lain. Pelbagai dapp bergantung pada syiling stabil.
Syiling stabil dijamin oleh kriptografi. Tiada siapa yang boleh menipu transaksi bagi pihak anda.
Peristiwa piza Bitcoin terkenal
Pada tahun 2010, seseorang telah membeli 2 piza pada harga 10,000 bitcoin. Pada masa itu, bitcoin bernilai ~$41 USD. Pada pasaran kini, jumlah tersebut bernilai jutaan dolar. Terdapat banyak transaksi penuh sesal seperti ini dalam sejarah Ethereum. Syiling stabil menyelesaikan masalah ini, jadi anda boleh menikmati piza dan menyimpan ETH anda.
Cari syiling stabil
Terdapat beratus-ratus syiling stabil yang tersedia. Berikut ialah beberapa pilihan untuk membantu anda mula. Jika anda baru mengenali Ethereum, kami mengesyorkan anda melakukan sedikit penyelidikan terlebih dahulu.
Pilihan penyunting
Berikut ialah contoh syiling stabil yang paling terkenal sekarang serta syiling yang kami dapati paling berguna semasa menggunakan dapp.
Dai
Dai mungkin merupakan syiling stabil ternyahpusat yang paling terkenal. Nilainya kira-kira satu dolar dan diterima secara meluas merentasi dapp.

USDC
USDC mungkin merupakan syiling stabil bersandarkan fiat yang paling terkenal. Nilai kira-kira satu dolar dan bersandarkan Circle dan Coinbase.

Syiling stabil terbesar berdasarkan permodalan pasaran
Permodalan pasaran ialah jumlah bilangan token yang wujud didarabkan dengan nilai bagi setiap token. Senarai ini bersifat dinamik dan projek yang tersenarai di sini tidak semestinya disokong oleh kumpulan ethereum.org.
Mata wang | Permodalan pasaran | Jenis cagaran | ↗ |
---|---|---|---|
![]() | $97,901,264,807 | Fiat | Go to Tether(opens in a new tab) |
![]() | $28,195,029,431 | Fiat | Go to USDC(opens in a new tab) |
![]() | $4,950,123,553 | Kripto | Go to Dai(opens in a new tab) |
![]() | $1,253,379,457 | Fiat | Go to TrueUSD(opens in a new tab) |
![]() | $647,838,937 | Algoritma | Go to Frax(opens in a new tab) |
![]() | $404,882,724 | Logam berharga | Go to PAX Gold(opens in a new tab) |
Bagaimana untuk dapatkan syiling stabil
Perkara yang diperlukan
Anda memerlukan dompet untuk mengizinkan penukaran dan menyimpan syiling anda
Untuk membayar penukaran
Petua penyunting
Dapatkan wallet yang membolehkan anda membeli ETH dan tukarkan terus kepada token, termasuk syiling stabil.
Cari dompetDapp untuk pertukaran token
Jika anda sudah mempunyai ETH dan dompet, anda boleh menggunakan dapp ini untuk menukarkan kepada syiling stabil. Maklumat lanjut tentang bursa ternyahpusat
Perkara yang diperlukan
Sebuah akaun dengan bursa atau dompet yang membolehkan anda membeli terus kripto. Anda mungkin pernah menggunakannya untuk membeli ETH. Semak untuk melihat perkhidmatan yang boleh anda guna berdasarkan kawasan anda.
Semak perkhidmatan yang boleh anda guna di kawasan anda
Perkara yang diperlukan
Syiling stabil ialah kaedah pembayaran yang bagus untuk kerja dan perkhidmatan kerana nilainya stabil. Tetapi anda memerlukan dompet untuk menerima bayaran.
Anda memerlukan dompet untuk menerima syiling stabil yang diperoleh
Tempat memperoleh syiling stabil
Platform ini akan membayar upah kerja anda dalam bentuk syiling stabil.



Perkara yang diperlukan
Untuk membuat pinjaman syiling stabil anda perlu menggunakan dapp yang sesuai. Anda juga memerlukan sebuah dompet dan sedikit ETH.
Anda memerlukan sebuah dompet untuk menggunakan dapp
Anda memerlukan ETH untuk membayar cagaran dan/atau fi transaksi
Cagaran kripto
Dengan Ethereum anda boleh membuat pinjaman daripada pengguna lain tanpa mendagang ETH anda. Ini akan memberi anda keumpilan. Sesetengah orang melakukan ini untuk mengumpul lebih banyak ETH. Maklumat lanjut tentang syiling stabil yang bersandarkan kripto
Tetapi disebabkan harga ETH turun naik, anda perlu melebihkan cagaran. Ini bermaksud jika anda ingin meminjam 100 syiling stabil, anda mungkin perlu memerlukan sekurang-kurangnya ETH bernilai $150. Ini akan melindungi sistem dan pemberi pinjaman.
Tempat membuat pinjaman syiling stabil
Dapp ini membolehkan anda membuat pinjaman syiling stabil menggunakan mata wang kripto sebagai cagaran. Sesetengah dapp menerima token lain dan juga ETH.
Risiko
Jika anda menggunakan ETH sebagai cagaran dan nilainya jatuh, cagaran anda tidak akan menampung syiling stabil yang telah anda janakan. Ini akan menyebabkan ETH anda dicairkan dan anda mungkin akan dikenakan denda. Jadi jika anda ingin membuat pinjaman syiling stabil anda perlu mengawasi harga ETH. Harga ETH terkini
Menabung dengan syiling stabil
Syiling stabil seringkali mempunyai kadar faedah melebihi purata kerana terdapat permintaan yang besar untuk meminjamnya. Terdapat dapp yang membolehkan anda memperoleh faedah daripada syiling stabil anda dalam masa nyata dengan mendepositkan syiling ke dalam kelompok peminjaman. Seperti dalam dunia bank, anda membekalkan token kepada peminjam tetapi anda boleh mengeluarkan token bersama faedah anda pada bila-bila masa.
Dapp yang dapat memperoleh faedah
Manfaatkan simpanan syiling stabil anda dengan menjana faedah. Seperti segala-galanya dalam kripto, ramalan Peratusan Hasil Tahunan (Annual Percentage Yield, APY) boleh berubah dari sehari ke sehari mengikut tawaran/permintaan masa nyata.
0.05%
Kadar purata yang dibayar oleh bank bagi akaun simpanan asas yang dilindungi insurans persekutuan, Amerika Syarikat. Sumber(opens in a new tab)Cara ia berfungsi: jenis syiling stabil
Sentiasa lakukan penyelidikan anda sendiri
Algorithmic stablecoins are experimental technology. You should be aware of the risks before using them.Bersandarkan mata wang fiat
Kelebihan
- Bebas daripada turun naik kripto.
- Perubahan harga adalah minimum.
Kekurangan
- Berpusat – seseorang perlu mengeluarkan token tersebut.
- Memerlukan pengauditan untuk memastikan syarikat mempunyai rizab yang mencukupi.
Projek contoh
Bersandarkan kripto
Logam berharga
Algoritma
Ketahui lebih lanjut tentang syiling stabil
Papan Pemuka & Pendidikan
- Pergito Stablecoins.wtf website(opens in a new tab)Stablecoins.wtfStablecoins.wtf menawarkan papan pemuka dengan data pasaran sejarah, statistik dan kandungan pendidikan untuk syiling stabil yang paling menonjol.